Kehebatan Vitamin C Shaklee

Supplemen favourite sy sendiri dan antara produk terlaris Shaklee - Sustained Release Vitamin C Shaklee..




Sumber Vitamin C Semulajadi - Pelepasan Berperingkat

Tubuh kita sering kehilangan vitamin C semasa melakukan aktiviti harian.  Vita-C Plus 500mg dengan pelepasan berperingkat dapat membantu dalam menyalurkan vitamin C secara berterusan iaitu 100mg setiap jam. Vita-C Plus 500mg yang semulajadi ini membantu menyediakan vitamin C yang diperlukan tubuh.  Ia juga membantu dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan.





15697368_1205716532797801_4545643910919649416_n


Vitamin C adalah antioksidan yang kuat. 

  • Tinggi potensi vitamin C
  • Setiap tablet Sustained Release Vita-C Plus, mengandungi 7.5 hidangan buah oren termasuk kulitnya (500 mg)
  • Ujian klinikal telah membuktikan bahawa, vitamin C dalam setiap 2 tablet  Sustained Release Vita-C Plus (yang diambil selang 5 jam), mampu bertahan di dalam plasma darah kita selama 24 jam.
  • Setiap tablet mengandungi 120 mg bioflavanoid yang diekstrak daripada kulit buah, dan juga dikenali sebagai vitamin C Complex.
  • Satu formula yang membantu mengekalkan pertahanan antioksidan semula jadi, integriti sel, dan kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot, dan saluran darah



Adakah anda tahu?

  • 1 batang rokok mampu melupuskan 50 – 100 mg vitamin C yang diambil dalam tubuh
  • Keresahan akan mempercepatkan penyusutan vitamin C dalam tubuh
  • Pil penahan sakit akan menyusutkan Vitamin C dengan banyak
  • Terlebih dos Vitamin C akan menyebabkan cirit-birit


Fakta Lain Berkaitan Vitamin C


  • Haiwan seperti arnab mampu menghasilkan Vitamin C mereka sendiri kira-kira 18,000 mg (18 g) sedangkan manusia tidak dapat menghasilkan vitamin C. Maka, sumber Vitamin C hanyalah melalui pemakanan.
  • Vitamin C adalah vitamin larut air. Maka, ia akan hilang secara berterusan dari tubuh kita.
  • Oleh itu, kita perlu mengambil vitamin C setiap hari. Oleh kerana ia larut air, makan overdose vitamin C tidak perlu dikhuatiri, lantas ia tidak memberikan kesan toksik. 
  • Setiap hidangan buah-buahan membekalkan kira-kira 45 – 60 mg Vitamin C.
  • Kandungan Vitamin C paling tinggi ketika buah masak dengan ranum, dan Vitamin C boleh hilang apabila terdedah kepada kepanasan.


Vita-C Shaklee dari jagung?

Kenapa Shaklee pilih Jagung? 


Shaklee memilih jagung kerana sumber daripada jagung ini adalah yang terbaik. Uniknya sumber vitamin yang terdapat di dalam jagung tidak akan hilang atau berkurang khasiatnya walaupun dimasak, direbus, dan dibakar berbanding dengan buah-buahan yang lain yang biasanya cepat rosak atau hilang atau berkurangan.


Kebanyakan sumber vitamin c daripada buah-buahan citrus tinggi dengan kandungan asid. Jika diambil secara berlebihan boleh menyebabkan cirit-birit.


Disebabkan itu para saintis Shaklee menggunakan ekstrak jagung untuk mengelak sakit perut, cirit-birit dan gastrik.



Kelebihan Jagung 


  • Jagung kaya dengan vitamin A, iaitu asas untuk kulit dan penglihatan yang sihat.
  • Jagung boleh membantu mengatasi masalah penghadaman termasuk sembelit, kanser usus dan membantu mengurangkan risiko terkena kanser usus kerana jagung kaya dengan sumber fiber yang mana secawan jagung membekal hingga 18% keperluan fiber.
  • Jagung kaya dengan sumber vitamibn B, iaitu Thiamin dan Niacin. Thiamine untuk mengekalkan saraf yang sihat dan Niacin mengatasi masalah kekurangan zat kepada badan sesorang.
  • Jagung juga membekal sumber vitamin E (antioksidan) yang sangat penting untuk membantu mencegah pelbagai jenis kanser, melambatkan proses penuaan, merendahkan paras kolesterol, melindungi badan dari pencemaran alam sekitar dan asap rokok, melindungi dari penyakit jantung dan strok dan lain-lain.
  • Jagung membekal Asid Panthithenic iaitu sumber vitamin yang membantu memetabolismekan karbohidrat, protein dan lemak.
  • Jagung membekalkan sebahagian besar keperluan Asid Folik kepada badan kita. Kekurangan asid folik terutama wanita mengandung akan meningkatkan risiko seseorang ibu melahirkan bayi dengan masalah neural tube. Malah bayi juga berisiko mengalami masalah kurang berat badan semasa dilahirkan dan ibu pula berisiko mendapat anemia.
  • Jagung turut membekal fosforus yang mana ia penting untuk kesihatan tulang dan buah pinggang. Magnesium pada jagung pula membantu mengekalkan kesihatan jantung dan menguatkan tulang.
  • Jagung mempunyai Phenolic Phytochemicals yang berfungsi untuk merendahkan paras gula dalam darah dan sangat membantu mengatasi tekanan darah tinggi. 

MANFAAT VITAMIN C SHAKLEE
 

🍊 Membantu pencegahan sesetengah kanser seperti kanser paru-paru, payudara dan sebagainya.

Vitamin C merupakan anti-oksida yang berkuasa  dan mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-Cell untuk melawan sel-sel kanser dan membuang kimia bahaya dari tubuh kita dengan berkesan. Ia juga mampu menghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel-sel kita.

🍊 Membantu pembentukan kolagen – 
Vitamin C membantu pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang menyusun tubuh manusia. Kolagen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit. Perkataan kolagen itu sendiri berasal dari Yunani yang bererti lekat atau bersifat sebagai pelekat.Sebab itulah siapa yang amalkan vitamin c akan mendapati kulitnya lebih licin, tegang dan cantik, dan luka cepat sembuh kerana ia membentuk perhubungan tisu badan yang kuat.

🍊 Mengekalkan kolestrol sihat -  
Vitamin C mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah. Ia juga mampu mengekalkan kapilari yang sihat dan menghindari arteriosklerosis, thrombus, menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah, pendarahan serebral dan skurvi

🍊 Stress / tekanan
Sangat perlu diambil oleh mereka yang sistem imun badan rendah kerana stress - masalah yang biasa dihadapi oleh masyarakat kita hari ini. Vitamin C sangat sensitif dengan tekanan, dan ia merupakan nutrient pertama yang mudah hilang pada perokok, peminum alkohol dan mereka yang obes. Mereka yang selalu stress memerlukan lebih Vitamin C setiap hari.

🍊 Mencegah penyakit Skurvi -
Penyakit skurvi adalah akibat kekurangan vitamin C. Sesiapa yang mengalami pendarahan pada badan, lebam-lebam, gusi mudah berdarah, gigi mudah tercabut dan luka lambat sembuh, pendarahan dalam otot dan sendi adalah disebabkan kekurangan vitamin C. Jelas sekali vitamin C adalah umpama gam yang melekatkan sel-sel lalu menjadikan tisu-tisu dalam badan kita tidak mudah koyak atau terluka. Mereka yang sedang sakit adalah disarankan mengambil vitamin C pada dos yang lebih tinggi bagi mempercepatkan proses penyembuhan.

🍊  Antioksida yang menghalang kerosakan tisu yang disebabkan radikal bebas -
Detoksifikasi. Vitamin C berupaya mencantumkan bahan logam berat seperti plumbum, raksa, arsenik dan lain-lain toksik menjadikan ianya tidak bahaya pada buah pinggang dan dapat dinyahkan daripada badan dengan lebih mudah. Mereka yang merokok patut menjadikan vitamin C sebagai kawan baik kerana ia dapat membersihkan darah dan mengelakkan buah pinggang anda daripada mengalami kerosakan yang teruk.

🍊Meningkatkan sistem imun tubuh – Vitamin C membantu sel darah merah yang sihat untuk menyerap zat besi dengan lebih baik. Ianya juga membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman.
✓Menguatkan sistem imun 
✓ Mengurangkan asthma dan alergi hidung dan
kulit.
✓ Menyingkatkan waktu pemulihan ketika sakit.


Antara fungsi vitamin C untuk kecantikan:

🍊 Mencantikkan kulit - 

Jika setiap hari kita mengambil Vitamin C secara konsisten, ia mampu menjadikan kulit kita lebih cerah. Melambatkan proses penuaan dan menyekat pembentukan pigmen. Pigmen penyebab utama kejadian jeragat. So cara kawal jeragat ialah dengan mengambil Vitamin C setiap hari ok!

Korang boleh try Set Kulit Cantik ni
👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻




So, TWB memang menggunakan Vitamin C Shaklee dalam servis spa kami.. 

Korang nak try? 😊

~~ Syaz Ayuni ~~




Comments

Popular Posts