Collagen Powder Shaklee Terbaik

Tersenarai dalam Top 10 Jualan Terlaris Produk Shaklee, Collagen Powder Shaklee tetap menjadi pilihan rakyat Malaysia walaupun harganya agak mahal.. Pernah juga Collagen Powder ni “out of stock” satu ketika dulu..


Meh kita tengok bagaimana Shaklee menghasilkan Collagen Powder ni..




Apakah Kandungan Shaklee Collagen Powder dan Khasiatnya?

Shaklee Collagen Powder terdiri daripada 7 ramuan utama:

  • Kolagen dari sisik ikan merah (Red Sniper Scale) - sumber kolagen premium dengan kadar penyerapan yang tinggi berbanding kolagen dari haiwan lain. Elastin dari kolagen ikan merah mengekalkan keanjalan kulit agar nampak tegang dan elastik.
  • Ekstrak biji Camelia Japonica - mengandungi antioksidan semulajadi yang mampu melawan radikal bebas dari merosakkan sel kulit. Terdiri daripada asid oleic, emolion dan isoflaven yang berfungsi melembapkan kulit.
  • Ekstrak Pfaffia (ginseng Brazil) - membantu penghasilan kolagen dan asid hyluronic apabila bergabung dengan ekstrak biji Camelia Japonica, menjadikan kulit lebih lembut, licin dan lembap
  • Vitamin B - membebaskan tenaga kepada sel dalam penghasilan kolagen
  • Vitamin C - bertindak sebagai antioksidan yang menentang radikal bebas yang merosakkan kulit, membantu menghasilkan kolagen
  • Ekstrak kekerang - membekalkan pelincir kepada sendi-sendi dan menghidratkan mata bagi meredakan ketidakselesaan pada mata.
  • Lactobacillus Acidphilus - membina semula sistem usus yang sihat dan mengimbangi mikroflora usus bagi meningkatkan kadar penyerapan kolagen




Shaklee Collagen Powder Bertindak Dalam 3 Cara





Kenapa Shaklee Memilih Sisik Ikan Merah Laut Dalam?

Ikan merah laut dalam hidup pada paras 5000m di bawah laut. Sisiknya lebih tahan kepada tekanan air yang jauh di dasar laut berbanding ikan biasa. Tambahan pula ia jauh dari pencemaran dan sisa toksik. Jadi kolagen yang dihasilkan dari sisik ikan merah sudah tentulah lebih tahan lasak dan berkualiti tinggi.



Tahukan Anda?


Kolagen bertindak seperti “gam” yang mengikat tubuh anda dan ia ditemui dalam otot, tulang, tendon dan paling banyak, dalam kulit. Kolagen dikenali kerana manfaatnya kepada kulit, seperti menjadikan kulit anda lebih tegang, elastik, dan gebu, mengurangkan liang pori, kedutan dan garis halus, merangsang kulit yang lebih cerah dan licin, kuku yang kuat serta rambut yang lebat dan bersinar.*

Pengeluaran kolagen secara semula jadi berkurangan apabila umur bertambah, menyebabkan kulit kendur, kedutan dan garis halus terbentuk dan rawan pada sendi menjadi lemah. Tingkatkan kolagen anda sekarang untuk kulit yang kelihatan lebih sihat!









Kolagen Menyusut Selepas Berusia 25 Tahun 

Jadi, kalau kolagen dah semakin berkurang dalam badan, macam mana nak buat ? habislah kulit jadi tak cantik lagi lepas ni ?! Jangan risau, kita masih boleh ambil kolagen tambahan dari sumber luar contohnya seperti Collagen Powder Shaklee. Kolagen ini bukan sebarang kolagen tau, tapi dihasilkan daripada sumber yang tahan lasak. Khas untuk menampung kehilangan kolagen dari tubuh kita akibat pertambahan usia. Sebab itulah ia dikatakan antara produk kolagen terbaik.



Antara kesan kekurangan collagen adalah seperti berikut:

1. Kekurangan collagen akan menyebabkan kemerosotan penglihatan.

Collagen adalah unsur penting untuk mengekalkan keanjalan salur darah. Kekurangan collagen akan memberikan kesan langsung terhadap penyakit kardiovaskular.

2. Kekurangan collagen akan melemahkan rambut dan folikel rambut dan mengakibatkan keguguran rambut.  

Collagen membentuk 70% daripada kulit dan menyokong strukturnya. Ini menyebabkan mudahnya berlaku keguguran rambut disebabkan folikel rambut yang melemah.

3. Kekurangan collagen akan mengakibatkan kehilangan keanjalan dan daya sokongan dan membuatkan otot melabuh.

Collagen adalah unsur utama dalam sendi dan struktur tulang untuk mengekalkan aktiviti biasa tulang, sendi, ligamen dan urat. Kekurangan collagen akan mengakibatkan:

  • Penyakit sendi seperti arthritis
  • Tulang kekurangan kepadatan yang menyebabkan risiko osteoporosis
  • Penyakit gigi
  • Kuku mudah pecah dan kurang bersinar

Selepas umur 25 tahun, badan mula kehilangan collagen dan menunjukkan tanda-tanda penuaan seperti:

  • Kedutan halus
  • Liang-liang kulit yang membesar
  • Kulit kendur
  • Jeragat dan bintik hitam




Keistimewaan Collagen Powder Shaklee

  • Merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah.Shaklee RSS (red snapper scale @ sisik ikan merah) terbukti dapat memperbaiki tekstur kulit wajah dan menghilangkan kedutan. Selepas penggunaan selama 8 minggu, keputusan menunjukkan kulit menjadi lebih baik secara menyeluruh.
  • Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.
  • Mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran anda. Satu sachet untuk satu hidangan bagi kemudahan anda menyediakannya pada bila-bila masa dan di mana-mana jua. 


Kolagen juga berkait rapat dengan sendi tulang..
Apa Kaitan Kolagen Dan Sendi Tulang?

Ianya memang ada kaitan kerana sakit lutut berlaku disebabkan tulang rawan mula haus dan terhakis disebabkan kolagen yang ada dalam tulang rawan semakin berkurangan dan mula rosak. Tahukah anda bahawa 50% dari tulang rawan terdiri daripada kolagen?

Kolagen inilah yang membantu mengekalkan kepadatan dan kekuatan tulang. Namun begitu, selepas berusia 20-an,kolagen sudah mula terhakis dalam tulang rawan (cartilage).


  • Rajah diatas perbandingan antara sendi yang cukup kolagen dan kurang kolagen. Kolagen ini berfungsi memberi regangan kepada sendimenjaga rangka lutut dan memelihara tulang rawan yang mula rosak.
  • Kajian menunjukkan bahawa mengambil suplemen kolagen boleh merawat osteoarthritis yang teruk dan osteoporosis. Jadi bayangkan apa yang ia boleh lakukan untuk sakit kecil seperti sakit lutut, ligamen koyak dan sebagainya?

Badan boleh menghasilkan kolagen dengan sendiri. Tetapi yang menjadi masalah bila mana bilangan kolagen yang dihasilkan badan tidak dapat menampung keperluan menggantikan bilangan kolagen yang rosak tadi. Sebab itu, kita memerlukan suplemen kolagen untuk menampung keperluan kolagen tubuh. 


Bagaimana kolagen atasi masalah sendi tulang?

Kolagen akan diserap oleh tubuh dan meresap ke bahagian sendi. Apabila penyerapan kolagen ini berlaku ke dalam badan, ianya perlahan-lahan akan memperbaiki bahagian-bahagian yang rosak serta menggantikan kolagen yang rosak.


Lama-kelamaan bengkak akan beransur pulih dan struktur tulang rawan akan berfungsi dengan lebih baik.


Mengikut kajian, penggunaan selama 8minggu boleh menunjukkan hasil Collagen Powder Shaklee ini. Malah, ada juga yang kurang dari itu atau seawal 3 hari.



Kajian klinikal kolagen bantu masalah sendi


 “Penggunaan selama 24 minggu dengan collagen membantu kurangkan sakit sendi 147 atlet.” Clark K.L et.all (2008) “Terdapat peningkatan yang ketara dalam keselesaan lutut seperti yang dinilai oleh skala analog visual untuk menilai kesakitan.” Benito Ruiz et all “Pembaikan yang ketara tisu lutut berbanding dengan kumpulan kawalan selepas 48 minggu dengan suplemen collagen” dGEMRIC Study


Shaklee Collagen Powder Terbaik Untuk Sendi dan Tulang

Collagen Powder Shaklee bersifat elastik dan sangat kuat. Ianya juga bukan drugs,tidak mengandungi bahan-bahan berbahaya dan tiada kesan sampingan.



Tidak semua suplemen kolagen dapat menyembuhkan sendi anda. Terdapat banyak pilihan kolagen di pasaran, tapi awas! Terdapat suplemen collagen di pasaran yang tidak mempunyai type II collagen, yang paling penting untuk sendi.





Kesan Shaklee collagen powder berbeza beza bergantung pada individu. Ada yang seawal sachet ke 3 dah rasa kulitnya lembap dan moist. Ada yang perlu habiskan sekotak. Daripada  ujian klinikal yang dijalankan oleh Shaklee sendiri, kesannya dapat dilihat seawal 3 minggu pertama. 

Antaranya seperti berkurangnya kedutan dan tekstur kulit bertambah cantik. Statistik menunjukkan 71% pengguna merasakan perubahan yang sangat ketara pada kulit wajah dan anggota badan setelah menggunakannya selama 8 minggu.

Bukan itu sahaja, anda pasti tampil lebih seksi dihadapan suami nanti kerana kesan Collagen Powder Shaklee menjadikan anda lebih anjal dan gebu !

Paling best, Collagen Powder digandingkan bersama Sustained Release Vita-C Plus! 









Dalam projek TWB sendiri, kami sangat mementingkan kecantikan dan kesihatan kulit. Sebab itulah kami juga menggunakan Collagen Powder Shaklee ni dalam servis spa kami😊




Satu sachet sehari sudah memadai untuk kulit yg cantik berseri.. Nak cuba? 

Hubungi sy ok! 😊


~~ Syaz Ayuni ~~


Shaklee distributor 
Member of The Walking Beauty 

Comments

Popular Posts