ESP Sumber Protein Semulajadi Terbaik

Assalam semua..Hi :)

Rasanya hari ni saya nak share mengenai salah satu supplemen yang ada nutrisi terpenting untuk keperluan badan kita.. >>> PROTEIN 

Energizing Soy Protein Shaklee antara produk terlaris @ favourite di Malaysia.
No wonder la ESP ni tangga no.2 dalam list Top 10 Produk Terlaris Shaklee.




Meh sy nak story sket pasal ESP ni..

Sejarah Energizing Soy Protein (ESP) SHAKLEE

Shaklee telah menghasilkan minuman yang bersumberkan protin soya sejak 1961 lagi dan yang pertama di dunia. Kajian & penambahbaikan ke atas ESP dibuat dari semasa ke semasa.



Pengasingan soya pertama yang pernah dihasilkan adalah dicipta oleh Dr. Forest C. Shaklee pada tahun 1960-an. Selang beberapa tahun kemudian, beberapa ujian klinikal telah membuktikan apa yang ditemui oleh Dr. Shaklee sebelumnya iaitu protein soya merupakan sebuah blok binaan utama bagi menjamin kesihatan dalam jangka panjang.

20% daripada struktur tubuh manusia terdiri daripada protein yang memainkan peranan penting dalam hampir kesemua proses biologi tubuh kita. Sebahagian besar sel-sel, otot dan tisu kita terdiri daripada asid amino yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dan hanya boleh diperolehi daripada pemakanan seharian.




PROTEIN

Seperti yang kita tahu, protein adalah suatu kelompok makronutrien yang terdiri daripada sekumpulan asid amino yang berfungsi sebagai blok binaan untuk kehidupan di mana tubuh kita dibangunkan oleh blok-blok binaan ini.

Protein ini merupakan makanan kepada sel di mana struktur asas badan manusia juga adalah terdiri daripada sel. Dari sel membentuk tisu. Dari tisu membentuk organ. Dari organ pula akan membentuk sistem.

Protein adalah bahan utama dalam pembentukkan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta komponen utama kepada hormon manusia termasuklah meransang fungsi psikologi. Kekurangan protein menyebabkan kelemahan dalam sistem imun untuk melawan penyakit.

APA JADI KALAU BADAN KURANG PROTEIN?


1. Edema – pembengkakan disebabkan oleh pengumpulan air dalam badan. Ini kerana protein membantu menyeimbangan kandungan air dalam badan, dan kekurangan protein boleh menyebabkan berlakunya penyimpanan air yang tidak seimbang.


2. Turun berat badan. Ini bukanlah penurunan berat badan yang sihat. Ini kerana sel tubuh memerlukan protein. Apabila sumber protein tidak mencukupi, maka badan akan memecahkan protein dari otot untuk digunakan. Maka kita akan kehilangan otot-otot tubuh sekaligus menurunkan berat badan.


3. Rambut rosak, menipis, bercabang dan akhirnya botak. Ini juga antara kesan kekurangan protein. Kerana rambut dibuat daripada protein. 


4. Koilonychia ataupun spoon-shaped nail juga boleh menjadi antara tanda kekurangan protein. Walaupun biasanya tanda ini adalah normal dikalangan kanak-kanak.


5. Protein juga penting untuk mencerna zat besi bagi menghasilkan sel darah merah. Tambahan pula, kebanyakan makanan yang mengandungi protein juga mengandungi Vitamin B12 yang juga penting untuk penghasilan sel darah merah. Jadi kekurangan protein boleh menyebabkan anaemia – kurang darah merah.

Antara tanda awal anaemia adalah keletihan, kulit pucat, jantung berdebar dan pening kepala.


6. Selain diabetes, antara punca luka lambat sembuh adalah kerana kekurangan protein. Ini kerana kita memerlukan asid amino yang cukup untuk proses baik pulih luka.


7. Kerana kulit juga berasaskan protein, jadi bila kita kurang protein, kulit juga akan terkesan, dan kita akan lebih mudah mendapat masalah kulit seperti eczema, ruam, kulit kering.


8. Kekurangan sesetengah amino asid juga boleh mengurangkan hormon serotonin. Bila kurang serotonin, kita boleh mendapat masalah sukar tidur, atau tidur yang kurang nyenyak. 
- sumber thehealthinspector.wordpress.com


Jom kita tengok fakta mengenai ESP pula..





FAKTA ESP 1: ORGANIK DAN “NON GMO”

Fakta mengenai ESP yang lain ialah ia diperbuat dari sumber kacang soya yang bukan GMO (Genetically Modified Organisme). Sebenarnya kacang soya sekarang banyak diubah genetik supaya dapat hasil dengan lebih cepat, kurangkan rosak, kurangkan risiko terkena serangan serangga perosak dan penyakit. Dalam kata lain, supaya dapat meminimumkan modal dan memaksimakan keuntungan.

Tetapi,kacang soya yang digunakan Shaklee disahkan melalui program IPP (Identity Preservation Program). Kacang soya dipantau dengan ketat sekali sejak ditanam, dituai sehinggalah diproses.

FAKTA ESP 2: SATU-SATUNYA PRODUK YANG MENGANDUNGI KESEMUA 9 ASID AMINO PENTING

Protein terdiri dari 21 asid amino. 12 daripadanya dihasilkan oleh badan (non essential amino acid). 9 lagi adalah essential amino acid yang hanya diperoleh dari makanan. Fakta mengenai ESP adalah ia mengandungi kesemua kesembilan asid amino tersebut.

Soya adalah satu-satunya protein tumbuhan yang menyerupai protein dari haiwan.
Protein ni diibaratkan seperti batu bata yang membina rumah. Seperti itulah perlunya protein terhadap badan kita. Sebab itu kalau anda baca testimoni ESP, ada bermacam jenis testimoni (kuku, rambut, kulit, tenaga, rahim etc). Nak buat macam mana, ESP ni memang membantu badan untuk sihat dari hujung kaki ke hujung kepala.

FAKTA ESP 3: KACANG SOYA DICUCI MENGGUNAKAN AIR SEJUK

“Dr Shaklee knew that by using a cold water extraction technique, you get the very best of the soy and all of the positive things like the phytoestrogens which inhibit breast cancer and prostate cancer in men. There are over 1500 studies showing the positives benefits of soy and only 12 to 20 negatives studies showing that when you alter and de-nature soy you end up with junk.”

FAKTA ESP 4: DIPROSES PADA SUHU RENDAH AGAR PROTEIN TIDAK ROSAK

Fakta protein adalah rosak pada suhu yang tinggi. Fakta ESP pula adalah diproses pada suhu rendah. Sebab tu kalau bancuh susu untuk baby, kena bancuh dengan air suam. Bukan air panas.

Protein yang kita biasa makan seperti ayam, ikan dan daging lebih susah diserap badan kerana protein yang dimasak akan berubah strukturnya kepada bentuk gumpalan.

FAKTA ESP 5: KANDUNGAN GLICEMIC INDEX (GI) RENDAH




GI adalah kadar pertukaran sesuatu makanan kepada glukos atau tenaga. Perasan tak, bila makan nasi putih, kita akan cepat lapar? Ini kerana nasi mempunyai GI yang tinggi iaitu 78. Glukos yang tinggi itulah yang menyebabkan kita rasa malas dan melepek sahaja selepas makan.

GI bagi ESP adalah sangat rendah iaitu 39. Tenaga dibebaskan perlahan-lahan dan sebab itu ESP adalah alternatif terbaik untuk sarapan, diet,pesakit diabetis dan mereka yang mempunyai gastrik.

FAKTA ESP 6: TIADA KOLESTROL DAN ASID URIK

ESP tiada kolestrol kerana ia diperbuat dari tumbuh-tumbuhan. Ada juga kajian yang dibuat menunjukkan ESP mampu membantu menurunkan kadar kolestrol badan seseorang.

ESP juga tidak mempunyai asid urik kerana ia tidak diproses oleh badan. Jadi, tiada masalah jika pesakit gout mahu mengambilnya.

FAKTA ESP 7: MENGANDUNGI KALSIUM YANG DITAMBAH

Fakta mengenai ESP yang terakhir adalah ia membekalkan 50% keperluan kalsium harian. ESP ditambah kandungan kalsium untuk meneutralkan asid phytic di dalam soya. Asid phytic boleh menghalang penyerapan zat dan mineral oleh badan. Kandungan kalsium ni sangatlah penting untuk saya yang sedang menyusu badan tau

The Institute of Medicine, dari National Academy of Sciences, Amerika Syarikat, membuat rekomendasi Daftar keperluan protein harian berikut:

1. Bayi (0-6 bulan) - 9,1 gram per hari
2. Bayi (7-12 bulan) - 11 gram per hari
3. Remaja lelaki (14-18 tahun) - 52 gram per hari
4. Gadis remaja (14-18 tahun) - sampai 46 gram per hari
5. Lelaki dewasa - sekitar 56 gram per hari
6. Wanita dewasa - sekitar 46 gram per hari
7. Perempuan Hamil atau ibu menyusu - sekitar 71 gram per hari


Satu hidangan ESP shaklee bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu.


SEBELUM ITU ANDA PERLU TAHU, SIAPA YANG PERLUKAN ESP INI

1. Individu yang sibuk 

2. Wanita yang ingin menguruskan badan

- Hanya bancuhan ESP dengan minuman kegemaran pada setiap pagi, memberi rasa kenyang yang lebih lama

3. Ibu-ibu yang menyusu

- Membantu membanyakkan dan mengekalkan supply susu disamping pengambilan air yang cukup dan proses pengepaman yang konsisten.

4. Pesakit kencing manis

5. Wanita yang mementingkan penjagaan kulit muka

- Keanjalan kulit, juga payudara. Awet muda (protein penting kepada mereka yang ingin kulit yang cantik dan ton warna yang sekata. 
- Mereka yang mempunyai bekas jerawat yang berwarna hitam adalah disebabkan kekurangan protien untuk membina sel baru dan menyingkirkan sel mati yang berwarna hitam tersebut).
- Membantu menghilangkan parut jerawat di muka, menjadikan kulit muka halus, gebu dan berseri.

6. Kaum lelaki

- Untuk kesihatan optimum, tenaga berpanjangan, serta membantu melindungi drpd sakit jantung, tekanan darah tggi dan kanser prostat.

7.Pelajar dan pekerja atau individu dewasa 

8. Individu yg baru lepas pembedahan/ bersalin/ kemalangan

- ESP membantu dalam memulihkan sel2 badan serta membantu mengatasi masalah hb low dan mempercepatkan penyembuhan luka

9. Pasangan yg inginkan anak

- ESP memulihara kesihatan dalaman serta menyediakan diri dgn tenaga dan kesihatan optimum. Membaikpulih sel2 tubuh untuk membantu memperbaiki kesuburan. 

10.Wanita yg ingin Meringankan senggugut/ gejala PMS

11. Individu yg mahu Optimumkan imunisasi

12. Pesakit gastrik / Migrain


KEBAIKAN DAN KHASIAT ESP SHAKLEE 
ANDA KENA TAHU


1. Rahsia Awet Muda / Anti Penuaan

Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan memperkuat otot bagi memastikan kita sentiasa bertenaga. Kandungan yang terdiri daripada Asid Amino membina dan memperkuat otot tubuh, kuku, rambut, darah, organ, kulit dan kelenjar. ESP juga mengandungi 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain.

 2. Mempertingkat Fungsi Hormon Wanita

Khasiat berikutnya adalah untuk mempertingkat fungsi hormon wanita. Ramuan yang ini terdiri dari kacang soya. Kacang soya adalah tumbuhan yang kaya dengan isoflavon yang berfungsi sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dalam darah disamping mencegah osteoporosis dan penyakit jantung. Ia juga baik untuk mencegah gejala ‘hot flashes’ sebelum menapous dan membantu mencegah kanser serta anemia.

 3. Rahsia Kulit Cantik Dan Anjal

Bagi wanita yang mementingkak kecantikan kulit. Anda disarankan untuk mengamalkan pengambilan ESP. ESP merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan dan bertindak sebagai agen anti-penuaan. Mengembalikan keanjalan kulit supaya kulit kekal cantik dan gebu. Di samping memperkuat otot sekaligus mempercepat pemulihan luka dan menghilangkan parut.

 4. Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki

Genistein yang terkandung dalam kacang soya telah dibuktikan mempunyai keupayaan bagi mencegah pertumbuhan dan menghalang sel kanser darip merebak. Ia berfungsi dengan memusnahkan radikal-radikal bebas dalam sel-sel tubuh kita sebelum radikal bebas sempat bermutasi daripada DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga melindungi dan menjaga rahim dan ovary serta kitaran haid dan prostat.

 5. Memulih Dan Memberi Tenaga Segera Untuk Individu Aktif

Salah-satu rahsia yang menjadi pilihan kebanyakan para pembeli adalah kerana ESP Shaklee terbukti berkesan dalam memulih dan member tenaga segera untuk individu yang aktif, ibu menyusu, wanita bekerjaya yang sibuk dan mereka yang mempunyai gaya hidup yang lasak. ESP membekal tenaga segera dan meningkatkan sistem imun sekaligus memulihkan kepenatan, mencegah migrain, insomnia dan gejala stress yang disebabkan kemurungan, kebimbangan, ketakutan, tekanan kerja dan sebagainya.

 6. Jawapan Kepada Masalah Pigmentasi

Ramuan utama ESP Shaklee adalah kacang soya. Kacang soya atau nama saintifiknya Glycine Max dianggap salah-satu daripada 7 “super-foods” yang wujud di dunia. Hasil kajian para saintis telah membuktikan lecithin dalam soya dapat melancarkan peredaran darah, menyahtoksin bahan buangan sel dan lain-lain. Fungsi lecithin soya ini juga melambatkan proses rambut beruban, menyelesai masalah keguguran rambut dan keadaan rambut yang kusam. Disamping mencegah masalah pigmentasi dan kulit berjeragat.

 7. Meningkatkan Keupayaan Memori

Semakin meningkat usia seseorang bermakna daya keupayaan untuk mengingat akan menurun. Keupayaan memori seseorang memang berkadar langsung dengan peningkatan usia. Pengambilan ESP Shaklee secara konsisten akan dapat mempertingkatkan keupayaan daya ingatan. Kacang soya mengandungi isoflavones yang bertindak sebagai penerima atau perangsang estrogen dalam otak manusia, terutama dalam hippocampus iaitu kawasan penting untuk memori manusia.

Banyak kan kebaikan ESP ni?! Tambah lagi untuk kecantikan 😊
Inilah kelebihan yang ada dalam Pakej Spa TWB.. ESP ni antara produk yang digunakan dalam pakej spa selain untuk diminum.


Ni antara set-set yang boleh digandingkan dengan ESP:


MENAMBAH TENAGA

ESP + PERFORMANCE DRINK 





  • Untuk tenaga yang hebat, kekal berpanjangan
  • Bagi yang sering mengantuk dan kurang daya fokus
  • Sangat baik jika amalkan ketika berpuasa

 

KECANTIKAN KULIT

ESP + VIT C-PLUS + VITA E COMPLEX





  • Kandungan protein membantu pertumbuhan kulit baru dengan bantuan Vit C yang berfungsi sebagai agen pemulih sel. Manakala Vit E yang kaya antioksidan yang membantu merawat kulit secara mendalam.
  • Membantu menghilangkan parut jerawat. Pengambilan yang kosisten akan memudarkan cela dan jeragat.
  • Bertindak sebagai agen anti penuaan.

 

KESIHATAN OTAK DAN INGATAN

ESP + OMEGAGUARD + LETCHITIN

  • Memberikan tenaga yang berpanjangan.
  • Mampu membantu pengurangan sakit di bahagian sendi dan otot.
  • Membantu penukaran kolina kepada tenaga.
  • Membantu menyalurkan oksigen ke bahagian otak.
  • Omega-3 adalah lemak ikan terbaik, tulen dan salah satu asid lemak untuk membina sel otak. Omegaguard bagus untuk yang menghadapi penyakit alzhemier
  • Kaya dengan DHA dan omega-3 untuk perkembangan otak
  • Sangat bagus untuk wanita hamil dan menyusu.


PELANGSINGAN

ESP + LETCHITIN + OMEGAGUARD + HERBLAX




  • Membantu pembersihan usus dan nutrient mudah untuk diserapkan ke dalam tubuh.
  • Membantu mengempiskan perut.
  • Pembinaan sel-sel baru yang lebih sihat
  • Menukarkan makanan kepada tenaga
  • Mengemulsi lemak baharu dan menyingkirkan dari tubuh
  • Membuat usus besar menjadi lebih lawas.
  • Memecahkan lemak lama yang menyaluti organ dan abdomen.
  • Bantu ibu menyusu mendapat susu yang lebih berkualiti dan berat badan ideal.

 

MENAMBAH BERAT BADAN

ESP + MEALSHAKES + B COMPLEX + VITALEA 




  • Meningkatkan selera makan
  • Kandungan asid amino lengkap membantu pembinaan protein justeru pembinaan otot dan kuatkan tulang.
  • Meningkatkan daya imun tubuh.

 

IBU HAMIL

ESP + VITALEA + B-COMPLEX + OMEGAGUARD + OSTEMATRIX





  • Membantu membina sel-sel janin dengan pesat dan sihat
  • Membantu meningkatkan bacaan HB bagi mereka yang mempunyai masalah HB rendah
  • Membantu menenangkan ibu hamil yang kerap stress
  • Membantu menenangkan saraf dan otot.
  • Membantu pembinaan otak janin.
  • Mengurangkan sengal-sengal pada badan ibu hamil
  • Menguatkan gigi dan tulang
  • Melawaskan
  • Memperbaiki masalah sistem pencernaan pemprosesan nutrien dalam ke dalam tubuh.
  • Memperbaiki otot usus yang kurang aktif dan mengelakkan masalah sembelit.

 

IBU MENYUSU & BERPANTANG

ESP + VITALEA + B-COMPLEX + OMEGAGUARD + ALFALFA + OSTEMATRIX




  • Membantu membina susu badan yang lebih berkualiti
  • Membantu meningkatkan bacaan HB bagi mereka yang mempunyai masalah HB rendah
  • Membantu menenangkan ibu menyusu yang kerap stress
  • Membantu menenangkan saraf dan otot.
  • Membantu meningkatkan kepekaan dan rasional dalam fikiran ibu dan mengelakkan daripada meroyan.
  • Mengurangkan sengal-sengal pada badan ibu menyusu dan berpantang
  • Menguatkan gigi dan tulang
  • Memperbaiki masalah sistem pencernaan pemprosesan nutrien dalam ke dalam tubuh.
  • Memperbaiki otot usus yang kurang aktif dan mengelakkan masalah sembelit.


Resepi menarik ESP yang patut anda cuba!













Nak cuba? Mungkin ESP dapat membantu masalah anda.. 

~~ Syaz Ayuni ~~


Comments

Popular Posts