Kehebatan Alfalfa Raja Tumbuhan

Assalam semua..

Kali ni sy nak share salah satu produk Shaklee yang sangat penting untuk badan kita.. Dimana kita gunakan juga dalam servis spa TWB tau! 

Haa.. ni dia Alfalfa Complex!



Ok meh nak cerita sikit latar belakang @ sejarah Alfalfa Shaklee ni..




✅ Kenapa alfalfa digelar raja segala tumbuhan? Sbb alfalfa tu sendiri bermaksud raja segala makanan. Ia juga dikenali sebagai The King Of All Food kerana mempunyai khasiat yang sangat banyak untuk kesihatan tubuh badan.

✅ Alfalfa ni salah satu tumbuhan yg sangat berkhasiat.. Kenapa?
Sebab akar tunjang dia boleh cecah 20kaki dalam tanah. Jadi, alfalfa boleh menyerap lebih banyak nutrien dari tanah.

✅ Mengikut kajian, lebih 300 nutrien & mineral ada di dalam pokok alfalfa ni. Alfalfa kaya dengan vitamin A, vitamin C, vitamin E, vitamin K serta fiber, protein, kalsium, potassium, fosforus dan zat besi.

✅ Alfalfa adalah produk signature shaklee tau.. Dr C. Forrest Shaklee hasilkan alfalfa pada tahun 1950. Fuhh dah dekat 70 tahun dah rupanya!




✅ Shaklee punya raw material alfalfa ni di tanam di kawasan subur di California, & shaklee cuma gunakan serbuk daun alfalfa sahaja untuk hasilkan tablet alfalfa tu, sebab tu lah senang larut dlm air. Alfalfa yang digunakan dalam Alfalfa Complex Shaklee adalah Alfalfa yang dituai ketika cukup matang iaitu 2 tahun dan ia ditanam secara 100% organic tanpa baja beracun dan bebas daripada penggunaan racun perosak. Ratusan saringan kualiti dibuat untuk memastikan produk yang dihasilkan benar-benar selamat, kaya dengan nutrisi dan organik.


Apa Kepentingan Alfalfa Complex Kepada Kita?


Alfalfa Complex Shaklee bersifat alkali. Ia diuretik, anti-histamin, anti-inflamasi, anti-bakteria dan ejen pembersih darah semulajadi (detoks).

Antara kegunaan alfalfa adalah untuk mengembalikan gaya hidup sihat seseorang yang mengalami:

  • Berat badan berlebihan atau obesiti
  • Buasir
  • Darah cair
  • Kekurangan tenaga
  • Gastrik atau pedih ulu hati
  • Masalah gout
  • Masalah vagina longgar
  • Masalah Susu Ibu merundum
  • Masalah jangkitan pundi kencing
  • Masalah keputihan berlebihan
  • Masalah prostat
  • Masalah resdung
  • Ingin membuat detox untuk membersih hati, kolon dan darah
  • Masalah ekzema
  • Masalah jerawat
  • Masalah penghadaman
  • Mencegah edema (pengumpulan air dalam badan/water retention)
  • Lemak dan kolestrol tinggi
  • Simptom menopause
  • Paras gula di dalam darah yang tidak stabil



KHASIAT ALFALFA
 
1. Agen detoks

Sapa nak kurus elok makan alfalfa ni.. sy pun setiap kali rasa makan berlebihan atau makan yang bukan2 (fast food etc) memang akan telan alfalfa ni 15biji terus. Panas sikit la rasa badan, tapi lepas dah alfalfa bertindak dalam badan kita & buang melalui 💩 ringan terus rasa badan. Kalau tak mesti menyesal makan banyak 😁


2. Keputihan

Alfalfa bantu kurangkan keputihan, kegatalan & bau yg kurang menyenangkan.
 
 
3. Ala-ala kacip fatimah & tongkat ali untuk pasangan yg dah berkahwin. Paham2 sendiri la ye 🙈


4. Milk booster

Org dulu2 mkn gitu je daun alfalfa mcm ulam sebab nak banyakkan susu badan. 
 
 
5. Kesihatan tulang

Nutritionist shaklee pernah ckp, makan 10 biji alfalfa ni umpama kita minum segelas susu tinggi kalsium. Kalau u baca balik yang sy share awal2 tadi, antara nutrien yg ada dalam alfalfa salah satunya adalah kalsium. Tulang yang sihat perlukan kalsium yang cukup.

Jadi kalau korang tak suka minum susu boleh la mkn alfalfa.

6. Masalah bau badan, kaki & mulut

Masalah bau ni berkait rapat dgn toksin dalam badan. Bila makan alfalfa, toksin dlm badan akan disingkirkan.

7. Resdung

Ha.. kalau korang terlebih makan seafood (bagi yang resdung kuat) sila telan alfalfa ye. Ataupun lagi elok sebelum makan seafood tu boleh ambik alfalfa dulu.

Sama juga yang alah dgn habuk etc, blh ambil alfalfa utk kawal resdung.

Bahaya tau resdung ni, boleh buat mata buta kalau tidak dirawat!

Tanda2 ada resdung:

- nafas berbau
- kerap selsema
- hidung tersumbat
- gatal2 di kawasan muka (hidung, pipi, mata)
- kerap bersin
- tidur berdengkur
- kerap sakit kepala
- rambut gugur


Ada tiga golongan yang TIDAK BOLEH makan alfalfa

1. Penghidap SLE

Systemic Lupus Erythematosus (SLE) adalah penyakit kronik auto-imun di mana badan pesakit menghasilkan protein darah dengan banyaknya. Protin darah yang dipanggil antibodi ini dengan sendirinya memberi tindak balas terhadap tisu seseorang.

Dalam Alfalfa ada sedikit protin yang memberi tindak balas kepada pesakit SLE. Sbb tu la pesakit SLE tak boleh makan Alfalfa. Shaklee pun ada tulis kat botol Alfalfa tu.

2. Pesakit Psoriasis

Psoriasis ialah sejenis penyakit autoimmune yang mengubah jangka hayat sel-sel kulit. Psoriasis menyebabkan pertumbuhan pantas sel-sel di permukaan kulit. Lebihan sel kulit ini akan membentuk satu kawasan kulit tebal berkilat yang kering, sangat gatal dan adakala menyakitkan.

Psoriasis adalah sejenis penyakit kronik yang kekal lama. Penyebab penyakit Psoriasis masih belum diketahui, tetapi umumnya Psoriasis berkait dengan sistem imun dan genetik individu.

3. Ibu menyusu bayi G6PD deficiency

G6PD ialah enzim glucose-6-phospate-dehydrogenase. G6PD membantu sel darah merah untuk berfungsi dengan baik, melindunginya dari sebarang gangguan luar termasuklah dari sumber makanan dan ubatan. Bayi kekurangan G6PD bermakna, badan bayi tidak menghasilkan enzim G6PD yang cukup.

Alfalfa Complex tinggi dengan Vitamin K. Sebab itu, ibu menyusu yang ada bayi G6PD tak boleh makan Alfalfa Complex (sepanjang tempoh penyusuan sahaja). Ibu menyusu boleh ambil ESP dan vitamin set penyusuan yang lain untuk milk booster.



Jom kita tengok set apa yang sesuai untuk digandingkan dengan Alfalfa Complex ni..

Set Detox 




Apa pula kebaikan Alfalfa dalam servis spa TWB??

  • Dapat membuang daki, sel-sel mati pada badan dan juga kulit muka
  • Menyahtoksin dari badan 
  • Menghaluskan kulit
  • Membuatkan kulit lebih gebu dan nampak bermaya
  • Menghilangkan sunburn 
  • Dapat menghilangkan bau badan
Korang nak cuba?

Jom wasap sy😊

~~Syaz Ayuni~~




Comments

Popular Posts