Perbezaan Antara Ubat Dan Supplemen

Hari ni kita cerita sket mengenai perbezaan antara supplemen dan ubat.. Mesti ramai yang masih tidak faham fungsi supplemen tu sendiri.. Sebab kalau pergi klinik & hospital, jarang sekali doctor bagi pesakit tu supplemen.. Supplemen ni kita yang kena cari @ pilih sendiri sebagai makanan tambahan harian kita..




Sedikit perkongsian ilmu dari group besar Shaklee, seorang ahli farmasi , Kak Yatt.. Ilmu ni dia share pada semua supaya kita lebih jelas tentang ubat dan supplemen..

********************************************


1. WAKTU PENGAMBILAN

=====================


UBAT : 

Ubat diambil SEMASA sakit untuk merawat penyakit @ tanda tanda sakit.


Contoh: Bila kita demam kita makan paracetamol untuk turunkan suhu badan.


SUPPLIMEN :

Boleh diambil bila bila masa samada SEBELUM & SEMASA sakit sebagai langkah ikhtiar dalam penjagaan kesihatan  & merawat PUNCA  penyakit.



2. CARA IA MERAWAT

=================


UBAT : 

Merawat KESAN @ TANDA TANDA sakit.


Dalam kes kes tertentu, ubat cuma menutup & mengurangkan kesakitan.


Contoh :

Bila kita sakit kepala, kita makan PONSTAN sebagai ubat penahan sakit.


Ubat darah tinggi, bila kita makan ubat, tekanan darah akan turun ke tahap normal tapi bila kita berhenti makan ubat, tekanan darah akan naik semula..😥


Berlainan dengan SUPPLIMEN..


Supplimen akan merawat PUNCA penyakit.

 Ia membekalkan NUTRISI yang diperlukan oleh sel kita.


Ia mengandungi segala vitamin, mineral , protien dan lain lain yang perlu untuk sel sel dalam badan kita berfungsi dengan baik.


Ia akan tampung apa yang tak cukup dr makanan harian kita.


Bila sel cukup makanan, organ & sistem badan kita juga akan SIHAT.



3. JANGKAMASA IA BERTINDAK

=======================


UBAT :

Kebanyakan ubat bertindak dengan cepat.


Contoh :

Bila kita allergy, gatal @ bersin


Kita akan makan ubat antihistamine..

Dlm masa 15 minit, bersin tu dah berhenti.


SUPPLIMEN :

Ia bertindak perlahan-lahan &  dalam jangkamasa yang panjang untuk mengisi lompong-lompong nutrient yang tidak mencukupi dalam badan kita.

So, kena byk bersabar..😉



4. BAHAN ASAS

=============


UBAT :

Diperbuat dari BAHAN KIMIA


SUPPLIMEN :

Berasaskan BAHAN SEMULAJADI @ SINTETIK



5. KESAN SAMPINGAN

==================


UBAT :

Kebanyakan ubat moden ada kesan sampingan samada sedikit @ byk , 

sementara @ kekal.


Semasa study farmasi dulu, semua kena hafal.


Kita belajar, which one should we consider bila nak pilih ubat..


Kena tengok semua faktor.

Susah betul, kalau tak bagi, keadaan pesakit akan jadi lg teruk..


So terpaksa bagi juga ubat tapi kena sentiasa monitor pesakit.


Jadi, conclusion dia


" LEBIH BAIK MENCEGAH DARI MENGUBATI "


Jagalah kesihatan kita  sebelum sakit.


SUPPLIMENT :

Kurang @ tiada KESAN SAMPINGAN.


Jadi kita SELAMAT untuk mengambilnya dalam jangkamasa yang lama.







Comments

Popular Posts